Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

cara menanam kacang buncis

  • Jumat, 21 November 2008
  • darmaji

  • PANDUAN MENANAM KACANG BUNCIS

    home




    PENDAHULUAN Kacang buncis merupahan sejenis sayur kekacang yang berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protin. Ia dipercayai berasal dari Amerika tengah dan Amerika Selatan. Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit, mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat.
    JENIS-JENIS KACANG BUNCIS
    Terdapat dua jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat. Jenis yang biasa ditanam di negara ini ialah jenis memanjat dimana 
     terapat 2 varieti yang dipilih oleh MARDI iaitu:
    MBK -- Berbiji hitam, berbatang keperangan dan berbunga ungu. Jenis ini yang biasa ditanam dan disyorkan oleh MARDI.
    MBK-- Berbiji kemerahan, berbatang kehijauan dan berbunga putih. Jenis ini banyak ditanam di kawasan utara Semenanjung dan di Melaka.
    TANAH
    Kacang buncis boleh ditanam pada pelbagai jenis tanah dari pasir peroi hingga ke tanah liat. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan PH 5.5- 6.8 adalah paling sesuai untul penanamannya.
    PENANAMAN
    Bajak dan gemburkaan tanah sedalam 15-22cm untuk pertumbuhan akar yang baik. Sediakan batas berukuran 1.2m lebar, 0.3m tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 0.6m.
    Menaman
    Tanam 4 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 0.6 m antara baris dan 0.45m antara pokok. Setelah anak benih cambah dan membesar tinggalkan 2 pokok selubang sahaja. Sebanyak 6 kg biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 0.4 ha.
    Menyedia junjung
    Untuk mendapatkan hasil yang tinggi kacang buncis perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman yang berumur 3 minggi dengan menggunakan kayu pancang berukuran 1.8-2.4m. Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak tanaman meliliti kayu sokongan. satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Sambung dua tiang beruti atau batang kayu yang berhampiran dengan dawai kasar untuk dijadikan junjung. Kemudian gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang dan melintang. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.
    PENJAGAAN Menyiram air
    Siram tanaman pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan

    Membaja
    Gunakan baja asas, tahi ayam sebanyak 2 tan untuk 0.4 hektar. Tabur baja dalam satu parit di tengah batas atau tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan dengan tanah.

    Merumput
    Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakan persaingan tanaman dengan rumpai.

    MEMUNGUT HASIL
    Hasil boleh mula dikutip 7 minggu selepas menaman. Kutip kacang sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul. Kutip 2.3 hari sekali dalam masa 3 minggu. Hasil Purata di anggarkan 4,800 kg bagi setiap 0.4 hektar.